Friday, 9 May 2014

AYAH.. Dirimu tiada pengganti.. Pergimu tak kembali

Tanpa ku sedari dah 19 ary berlalu. Perginya seorang insan yang amat aku sayangi. Perginya takkan ada pengganti dan takkan kembali. Ya Allah, aku amat merinduinya. Setiap detik ku selalu mengingatinya. Rasa masih tak percaya masih menyelubungi diri ini. Terlalu cepat dia meninggalkan kami semua.

Ayah..
Kau pergi disaat aku masih ingin berada dalam dakapanmu...
Saat aku masih ingin bermanja denganmu...
Saat aku ingin mendakapmu lagi..
Saat aku ingin berada dalam dakapanmu...
Bagaimana harus kami semua lalui tanpa kehadiranmu disisi..

Ramadan & Syawal bakal tiba tak lama lagi. Dah agak lama kita sekeluarga tidak berkumpul bersama. Perancangan tahun ini bersama cucu-cucumu yang makin ramai. Pasti meriah kan rumah kecil kita ni dengan gelak tawa & suara anak-anak kecil. Tapi apakan daya, sekuat mana pun kami menyayangimu, tapi Tuhan lebih menyayangimu ayah... Tahun ini adalah Ramadan & Syawal pertama tanpamu.

Kau adalah ayah yang sungguh hebat dan luar biasa bagi kami semua. Walaupun kita tidak kaya, tapi kau berjaya mendidik kami semua seramai 10 orang dengan perangai anak-anak perempuanmu seramai 7 orang yang pelbagai ragam dan kerenah.

Ya Allah, aku amat merinduinya. Aku amat dan sangat2 merinduimu ayah. Terasa baru semalam kita bergurau mesra. Aku rindu pada kata2 nasihatmu dan masih teringat di minda ini.

Rupanya baru kusedari. Aku dah bertukar status sekarang "ANAK YATIM". Ya Allah.. berilah aku kekuatan utk ku hadapi semua ini. Nie kali pertama aku kehilangan insan yang begitu berharga dan amat2 aku sayangi.

Dirimu sentiasa ada dalam ingatanku sepanjang masa ayah.. I luv u sooo muchh... really2 miss u.. :'(
#alFatihah semoga rohmu tenang dan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman... InsyaAllah.. Doaku sentiasa mengiringimu..





Tuesday, 10 December 2013

Miss You Mr A

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Kali nie nak coret2 sal apa aku sendiri tak tahu. Tapi nak jugak merepek merapu kat sini. Sebenarnya banyak yang nk aku update kat blog nie tapi tak tahu la.. Ada jer halangan yang membuatkn aku takde masa, takde ilham, takde idea.. Sume la xde.. Pelik tul aku. Bila aku xhadap blog nie, idea mencurah2 kat kepala nie.

Dulu aku ada diary, dia la teman aku dikala suka ataupun duka. Suka baca novel, so banyak jugakla kata2 yang bole tercipta, tapi sejak kerja yang agak busy dan masa yang terlalu panjang, aku xde masa dah untuk semua itu. Nk luah semua kat fb? mmg tak la.. Lagipun macam kurang sesuai jer. Aku masih leh anggap blog nie as my diary kan? hehe..

Aku rindu ngan diriku yang dulu, dan tersangat rindu akan kenangan lalu. Aku rindu sangat2 nk sembang2 macam dulu ngan someone. Mungkin skrg kenangan itu takkan terjadi lagi sebab aku yang mengubahnya. Perkenalan hanya di muka buku a.k.a fb, jumpa pun dalam tempoh setahun tue hanya sekali jer tapi yang peliknya aku selesa berkawan ngan dia. Walaupun ada jugak yang bercerita pasal dia, tapi bagi aku setiap orang ada kisah tersendiri, tak semua manusia sempurna.

Pada awalnya kami rajin sembang tapi lama-kelamaan makin menjauh tapi terus terang aku masih ingat dia lagi. Sekarang pun masih macam tue jua. Adakah dia masih merasakan yang sama seperti dulu? Mungkin tidak dan aku yakin tidak. Beza kami macam langit dan bumi kot. Sape la aku kan? huhu.. Kekadang aku sangat merindukannya.. :( Tapi aku pasti akan gembira bila dia bahagia. Melihat kebahagiaan insan yang kita sayang adalah satu kegembiraan tidak ternilai bagiku. Aku pun turut tumpang bahagia.

Hurmm.. okey la, ckupla wat masa ini.. Aku berharap dia masih merasakn yang sama seperti ku. Dan aku harap dia taw la yang aku maksudkan nie sapa.. hehehe.. Syyhhhhh.. hanya aku yang taw.. =)

Tuesday, 3 December 2013

Kerinduanku pada blog menjelma ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama tak buka blog nie, dah la tak berapa reti, ditinggalkan lama plak tue, memang bersawang la jadinya blog aku nie. Almaklumla, budak baru nak belajar. Kena betul2 cari masa yang banyak nie untuk membelek dan belajar lagi mengenai blog ini. Lagipun laptop baru kua dari wad..hehe..

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk hujung tahun dan, skrg berada di bulan terakhir tuk tahun ini. Dalam tempoh setahun nie, macam2 yang berlaku. Masalah kerja, peribadi. Alhamdulillah tak ada masalah keluarga. Biasala, masalah takkan pernah lari dari setiap manusia. Tak ada manusia yang smepurna di dunia ini. Sentiasa ingatkan dan pesan pada diri sendiri, tak kira sesusah atau seberat manapun masalah kita, ada insan lain yang lagi susah dari kita. Sentiasa bersyukur dan terima apa adanya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Soal cinta? Biarla ia pergi. Aku dah tak bole beri kepercayaan dan kasih sayang pada orang lain dah. Bagi aku biarlah jodoh itu datang sendiri. Memang tak semua orang sama, tapi cukupla setakata ini saja. Jodoh dan ketentuan semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya. Pasti ada kebaikan dikemudian hari.. Senyumla sentiasa.

Berkaitan dengan kerja.. Hurmm.. aku dah tak ada hati dengan tempat kerja sekarang nie. Ingin aku lari sejauh yang mungkin tapi bole ke? Macam tak bole jer.. Hurmm.. Dan skrg aku masih keje Courts lagi. Sekarang hati aku hanya pada Elken.. Aku sayang elken sesangat.

ELKEN?? sebelum tue, aku nak berterima kasih sangat pada upline aku a.k.a cust aku gak yang perkenalkan dengan elken. Dengan Elken banyak yang aku pelajari dan merubah sedikit demi sedikit perwatakan dan pemikiran aku. Dengan produk2 yang sangat berkualiti, sistem pendidikan yang tak kan ada dan sama ngan mana2 company kat luar sana, hubungan kekeluargaan yang sangat harmoni dan macam2 faedah lagi la.. Faedah pelancongan percuma, tabung rumah, tabung kereta.. Bestnyaaaaa.... 

Rasanya dah terlalu banyak aku merepek sambil makan kerepek nie. Len kali aku pasti akan update blog nie sentiasa. Kenala rajin2kan diri menulis dan berkarang2 nie.. hehehe.. 

P/s : Sapa yang rasa bosan dan menyampah nak baca, sila pegi blog lain yer, xpaksa pun suh baca blog aku nie yang tunggang langgang.. ^_^... bubbye.. len masa aku coret2 lagi kat sini..

Friday, 28 September 2012

Aku Ingin Mencintai-Mu

Tuhan betapa aku malu 
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia 
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu

Aku ingin mencintai-Mu Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati-Mu selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu
Dengan-Mu ya Rabbi




Bole dgr lagu nie kat sini...



Sgt Tersentuh dgr lagu nie.. Ya Allah, betapa aku seringkali lalai dari mengingatiMu..
Aku mohon padaMu kurniakanlah Cinta didlm hatiku ini hanya cinta kepadaMU..  
Amin...

Saturday, 27 August 2011

Raya YanG Ku NanTi

1st aku nak ucapkan salam Ramadan. Walaupun tggl 3 ary jer lagi..hehe. Dekat2 raya nie mmg agak busy jugakla, klu thn lepas aku wat mcm raya tak raya jer..duk kat perantauan kan, apa nak kisah sgt? tapi thn nie ngan kerja aku yang baru nie, jumpa ngan pelbagai ragam manusia, sampaikan persiapan raya tuk diri sendiri pun buat last minit. 2 ary jer lagi aku nak balik kg. Sungguh tak sabar rasanya..

Tahun nie dah 3 thn aku duk kat perantauan nie. Pengalaman raya thn pertama aku disini sungguh menyedihkan dan menyesakkan dada. Masa tue aku kerja kat secret recipe, raya thn tue lak aku kena kerja. Kesian sungguh, dahla tak dapat cuti, nak pakai baju kurung pun tak boleh, kena pakai baju kerja...huh, sggh hampeh yer.. Dibagi kerja shif ptg, so pagi tue aku ngan akak aku keluar la jalan2 tanpa arah tuju. Terasa lapar, kitorang pun singgah KFC. Kalau kat kg, pagi raya org sibuk nak mkn buras, tumbuk pulut, ayam masak merah, ayam likku, ayam rendang dan sebagainya la, tapi kami mkn ayam KFC. Fuh, sedih tapi ada gaya jugak la...hehehe...

Tahun kedua pulak, cuti beraya kat rumah akak di Johor Bharu. Meriahla sikit sebab berkumpul adik beradik kan walaupun mak ayah jauh nun di Sabah. Beraya la kat family sebelah mentua akak aku. Walaupun dah besar sbb masa tue aku tak kerja (baru berhenti dr secret recipe) ada la jugak aku dapat duit raya..hehehe...
Tahun nie sungguh bahagia aku. Dapat balik kg, InsyaAllah dapat la beraya ngan mak ayah... Mak, ayah, tggu kepulangan anak2 mu nie ya. Siapkan buras dan ayam masak merah ya..my favourite tue...hehe 
Rindu sangat2 nak makan buras buatan mak yg seeedappppppp.......

Pasal persiapan nie plak bab kuih aku serahkan kat akak2 aku. Bab buat kuih nie mmg hobi dorang, aku suka makan jer..hehe.. Baju raya aku dah terbeli color merah la plak walaupun asalnya aku tak nak amek color tue. Bila dh g butik n try, ramai plak org kata merah cantikla, sesuai la, kain yang aku pilih tue bagus. Macam2 la, sekejap aku jadi model baju kurung tak berbayar kat butik tue..huhuhu.. Pikir punya pikir dan yang penting design tue mmg ssh ngan harga yang ditawarkan, aku pun amek jela.. So thn nie aku tema color merah...Wow, hotzzz gitu...:)

Last words, Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin andai aku pernah mengasari, menyinggung, menyakiti perasaan secara tak sengaja atau pun tak... JOM BALIK KAMPUNG.....=)

Friday, 1 July 2011

aiR maTa WaniTa.....

menangis bkn bererti lemah,  tetapi air mata la yang menjadi peneman setia ketika seorang wanita itu dilanda masalah yang bole mengubat dan melepaskan segala yang terpendam d hati...

Ya Allah, kenapa wanita mudah mengalirkan air mata???
 
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu juga harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar kelak.

"Ku jadikan wanita itu perkasa yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun yang dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


begitu berharganya air mata seorang wanita itu.....

Friday, 27 May 2011

SuKaRnYeR biLa JaTuH aTy....

koRang peNah dGr laGu "kaNgeN baNd-pUjaaN aTy" tak???
hai pujaan aty, apa kabarmu??
ku harap kau baik2 saja
pujaan aty andai kau tahu
ku sangat mencintai drmu
hai pujaan aty setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
mengharap cintaku menjadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan
     pujaan aty, pujaan aty, 
     pujaan atu, pujaan aty..
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin aty mu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku
     cobalah mengerti keadaan ku
     dan cobalah fahami keinginanku
     ku ingin engkau menjadi milikku
     lengkapi jalan cerita hidupku
     hai pujaan aty, pujaan aty....

aTauPuN LaGu Niey "DaDaLi-DiSaaT aKu MenCinTaiMu" 
mengapa kau pergi 
mengapa kau pergi
disaat aku mulai mencintaimu
mengharap engkau jd kekasih atyku
malah kau pergi jauh dari hidupku
        menyendiri lagi menyendiri lagi
       disaat kau tinggalkan diriku pergi
       tak pernah ada yang menghiasi hariku
      disaat aku terbangun dari tidurku
 aku inginkan dirimu datang dan temui aku
 kan ku katakn padamu aku sangat mencintai dirimu
 aku inginkan dirimu datang dan temui aku
 kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

kedua-dua lagu nie ada persamaannya walaupun tak serupa... kangen band mengisahkan betapa kita mencintai sesorang itu tapi syg cinta itu tidak terbalas.. apa perasaan kita seandainya orang yg kita cinta tue yang menjadi pujaan aty kita menolak cinta dan tak membalas perasaan kita? mesti kita kecewa kan? Tapi dalam masa yang sama walaupun aty tgh sakit dan kecewa, kita masih tetap nak tgk "pujaan aty" kita bahagia walaupun bukan bersama kita.. 
Berlainan sikit ngan lagu Dadali nie.. Mereka dh bersama tapi disaat kita baru faham akan perasaan kita yang sebenarnya kita syg sgt2 kat org tue, tapi orang tue plak pergi jauh dari hidup kita...Lagi sedih kan??? Pergi mungkin untuk selamanya....
Okay, nie semua hanyalah tanggapan aku sendiri, tapi terpulang dengan setiap orang untuk mengharagai org yg kita syg dan kita cinta.. Seandainya ada org yang mampu buat kita tersenyum dikala aty tgh marah, runsing, bersedih, itulah org kita cari.. Jika kita dah berjumpa dengan org yang mampu membuat aty kita tak tenang disaat berjauhan dgn dirinya, yang mampu membuat kita terbayang-bayang akan raut wajahnya, senyumannya, lirikan matanya, yang mampu membuat jantung kita berdetak lebih kencang disaat berhadapan dgn dirinya, yang mampu menggetarkan seluruh jiwa kita dengan ucapannya, yang mampu membuat kita bangkit dari kejatuhan...atau lebih tepat yang boleh membuat hidup kita sentiasa rasa bahagia, itulah orang yg kita cari2... Dan jika orang itu dah berada depan mata dan dalam genggaman kita, jangan la lepasakan... Seandainya pernah terlepas sekali jgn biarkan untuk kedua kali...:)

Okey, nie hanyalah dari sudut pemikirannya yg terlintas buat masa nie... Dan aku pun rasa seolah2 diri ini telah dilamun cinta again...."fall in lurve"???? wah, agak lama  jugak aku tak berperasaan sebegini..huhuhu...
Aku hanya berharap suatu ary nanti aku akan jumpa dgn org yang aku maksudkn di atas nie dan aku pun berharap tak terjadi seperti kedua-dua lagu nie di atas... Tapi seandainya itu adalah takdirku, aku dgn rela aty akan menerimanya....

Bagiku, kebahagiaan orang lain apatah lagi org yg aku sayang adalah kegembiraan buat diriku... Aku sentiasa berharap org2 disekelilingku akan  selalu bahagia disamping org tersayang.. About Me??? Nothing to worried...(wah, mcm la aku nie kuat sgt hadapi liku2 kehidupan yang penuh rintangan dan dugaan).... 


R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...