Tuesday, 3 December 2013

Kerinduanku pada blog menjelma ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama tak buka blog nie, dah la tak berapa reti, ditinggalkan lama plak tue, memang bersawang la jadinya blog aku nie. Almaklumla, budak baru nak belajar. Kena betul2 cari masa yang banyak nie untuk membelek dan belajar lagi mengenai blog ini. Lagipun laptop baru kua dari wad..hehe..

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk hujung tahun dan, skrg berada di bulan terakhir tuk tahun ini. Dalam tempoh setahun nie, macam2 yang berlaku. Masalah kerja, peribadi. Alhamdulillah tak ada masalah keluarga. Biasala, masalah takkan pernah lari dari setiap manusia. Tak ada manusia yang smepurna di dunia ini. Sentiasa ingatkan dan pesan pada diri sendiri, tak kira sesusah atau seberat manapun masalah kita, ada insan lain yang lagi susah dari kita. Sentiasa bersyukur dan terima apa adanya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Soal cinta? Biarla ia pergi. Aku dah tak bole beri kepercayaan dan kasih sayang pada orang lain dah. Bagi aku biarlah jodoh itu datang sendiri. Memang tak semua orang sama, tapi cukupla setakata ini saja. Jodoh dan ketentuan semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya. Pasti ada kebaikan dikemudian hari.. Senyumla sentiasa.

Berkaitan dengan kerja.. Hurmm.. aku dah tak ada hati dengan tempat kerja sekarang nie. Ingin aku lari sejauh yang mungkin tapi bole ke? Macam tak bole jer.. Hurmm.. Dan skrg aku masih keje Courts lagi. Sekarang hati aku hanya pada Elken.. Aku sayang elken sesangat.

ELKEN?? sebelum tue, aku nak berterima kasih sangat pada upline aku a.k.a cust aku gak yang perkenalkan dengan elken. Dengan Elken banyak yang aku pelajari dan merubah sedikit demi sedikit perwatakan dan pemikiran aku. Dengan produk2 yang sangat berkualiti, sistem pendidikan yang tak kan ada dan sama ngan mana2 company kat luar sana, hubungan kekeluargaan yang sangat harmoni dan macam2 faedah lagi la.. Faedah pelancongan percuma, tabung rumah, tabung kereta.. Bestnyaaaaa.... 

Rasanya dah terlalu banyak aku merepek sambil makan kerepek nie. Len kali aku pasti akan update blog nie sentiasa. Kenala rajin2kan diri menulis dan berkarang2 nie.. hehehe.. 

P/s : Sapa yang rasa bosan dan menyampah nak baca, sila pegi blog lain yer, xpaksa pun suh baca blog aku nie yang tunggang langgang.. ^_^... bubbye.. len masa aku coret2 lagi kat sini..

R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...