Saturday, 27 August 2011

Raya YanG Ku NanTi

1st aku nak ucapkan salam Ramadan. Walaupun tggl 3 ary jer lagi..hehe. Dekat2 raya nie mmg agak busy jugakla, klu thn lepas aku wat mcm raya tak raya jer..duk kat perantauan kan, apa nak kisah sgt? tapi thn nie ngan kerja aku yang baru nie, jumpa ngan pelbagai ragam manusia, sampaikan persiapan raya tuk diri sendiri pun buat last minit. 2 ary jer lagi aku nak balik kg. Sungguh tak sabar rasanya..

Tahun nie dah 3 thn aku duk kat perantauan nie. Pengalaman raya thn pertama aku disini sungguh menyedihkan dan menyesakkan dada. Masa tue aku kerja kat secret recipe, raya thn tue lak aku kena kerja. Kesian sungguh, dahla tak dapat cuti, nak pakai baju kurung pun tak boleh, kena pakai baju kerja...huh, sggh hampeh yer.. Dibagi kerja shif ptg, so pagi tue aku ngan akak aku keluar la jalan2 tanpa arah tuju. Terasa lapar, kitorang pun singgah KFC. Kalau kat kg, pagi raya org sibuk nak mkn buras, tumbuk pulut, ayam masak merah, ayam likku, ayam rendang dan sebagainya la, tapi kami mkn ayam KFC. Fuh, sedih tapi ada gaya jugak la...hehehe...

Tahun kedua pulak, cuti beraya kat rumah akak di Johor Bharu. Meriahla sikit sebab berkumpul adik beradik kan walaupun mak ayah jauh nun di Sabah. Beraya la kat family sebelah mentua akak aku. Walaupun dah besar sbb masa tue aku tak kerja (baru berhenti dr secret recipe) ada la jugak aku dapat duit raya..hehehe...
Tahun nie sungguh bahagia aku. Dapat balik kg, InsyaAllah dapat la beraya ngan mak ayah... Mak, ayah, tggu kepulangan anak2 mu nie ya. Siapkan buras dan ayam masak merah ya..my favourite tue...hehe 
Rindu sangat2 nak makan buras buatan mak yg seeedappppppp.......

Pasal persiapan nie plak bab kuih aku serahkan kat akak2 aku. Bab buat kuih nie mmg hobi dorang, aku suka makan jer..hehe.. Baju raya aku dah terbeli color merah la plak walaupun asalnya aku tak nak amek color tue. Bila dh g butik n try, ramai plak org kata merah cantikla, sesuai la, kain yang aku pilih tue bagus. Macam2 la, sekejap aku jadi model baju kurung tak berbayar kat butik tue..huhuhu.. Pikir punya pikir dan yang penting design tue mmg ssh ngan harga yang ditawarkan, aku pun amek jela.. So thn nie aku tema color merah...Wow, hotzzz gitu...:)

Last words, Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin andai aku pernah mengasari, menyinggung, menyakiti perasaan secara tak sengaja atau pun tak... JOM BALIK KAMPUNG.....=)

Friday, 1 July 2011

aiR maTa WaniTa.....

menangis bkn bererti lemah,  tetapi air mata la yang menjadi peneman setia ketika seorang wanita itu dilanda masalah yang bole mengubat dan melepaskan segala yang terpendam d hati...

Ya Allah, kenapa wanita mudah mengalirkan air mata???
 
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu juga harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar kelak.

"Ku jadikan wanita itu perkasa yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun yang dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


begitu berharganya air mata seorang wanita itu.....

Friday, 27 May 2011

SuKaRnYeR biLa JaTuH aTy....

koRang peNah dGr laGu "kaNgeN baNd-pUjaaN aTy" tak???
hai pujaan aty, apa kabarmu??
ku harap kau baik2 saja
pujaan aty andai kau tahu
ku sangat mencintai drmu
hai pujaan aty setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
mengharap cintaku menjadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan
     pujaan aty, pujaan aty, 
     pujaan atu, pujaan aty..
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin aty mu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku
     cobalah mengerti keadaan ku
     dan cobalah fahami keinginanku
     ku ingin engkau menjadi milikku
     lengkapi jalan cerita hidupku
     hai pujaan aty, pujaan aty....

aTauPuN LaGu Niey "DaDaLi-DiSaaT aKu MenCinTaiMu" 
mengapa kau pergi 
mengapa kau pergi
disaat aku mulai mencintaimu
mengharap engkau jd kekasih atyku
malah kau pergi jauh dari hidupku
        menyendiri lagi menyendiri lagi
       disaat kau tinggalkan diriku pergi
       tak pernah ada yang menghiasi hariku
      disaat aku terbangun dari tidurku
 aku inginkan dirimu datang dan temui aku
 kan ku katakn padamu aku sangat mencintai dirimu
 aku inginkan dirimu datang dan temui aku
 kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

kedua-dua lagu nie ada persamaannya walaupun tak serupa... kangen band mengisahkan betapa kita mencintai sesorang itu tapi syg cinta itu tidak terbalas.. apa perasaan kita seandainya orang yg kita cinta tue yang menjadi pujaan aty kita menolak cinta dan tak membalas perasaan kita? mesti kita kecewa kan? Tapi dalam masa yang sama walaupun aty tgh sakit dan kecewa, kita masih tetap nak tgk "pujaan aty" kita bahagia walaupun bukan bersama kita.. 
Berlainan sikit ngan lagu Dadali nie.. Mereka dh bersama tapi disaat kita baru faham akan perasaan kita yang sebenarnya kita syg sgt2 kat org tue, tapi orang tue plak pergi jauh dari hidup kita...Lagi sedih kan??? Pergi mungkin untuk selamanya....
Okay, nie semua hanyalah tanggapan aku sendiri, tapi terpulang dengan setiap orang untuk mengharagai org yg kita syg dan kita cinta.. Seandainya ada org yang mampu buat kita tersenyum dikala aty tgh marah, runsing, bersedih, itulah org kita cari.. Jika kita dah berjumpa dengan org yang mampu membuat aty kita tak tenang disaat berjauhan dgn dirinya, yang mampu membuat kita terbayang-bayang akan raut wajahnya, senyumannya, lirikan matanya, yang mampu membuat jantung kita berdetak lebih kencang disaat berhadapan dgn dirinya, yang mampu menggetarkan seluruh jiwa kita dengan ucapannya, yang mampu membuat kita bangkit dari kejatuhan...atau lebih tepat yang boleh membuat hidup kita sentiasa rasa bahagia, itulah orang yg kita cari2... Dan jika orang itu dah berada depan mata dan dalam genggaman kita, jangan la lepasakan... Seandainya pernah terlepas sekali jgn biarkan untuk kedua kali...:)

Okey, nie hanyalah dari sudut pemikirannya yg terlintas buat masa nie... Dan aku pun rasa seolah2 diri ini telah dilamun cinta again...."fall in lurve"???? wah, agak lama  jugak aku tak berperasaan sebegini..huhuhu...
Aku hanya berharap suatu ary nanti aku akan jumpa dgn org yang aku maksudkn di atas nie dan aku pun berharap tak terjadi seperti kedua-dua lagu nie di atas... Tapi seandainya itu adalah takdirku, aku dgn rela aty akan menerimanya....

Bagiku, kebahagiaan orang lain apatah lagi org yg aku sayang adalah kegembiraan buat diriku... Aku sentiasa berharap org2 disekelilingku akan  selalu bahagia disamping org tersayang.. About Me??? Nothing to worried...(wah, mcm la aku nie kuat sgt hadapi liku2 kehidupan yang penuh rintangan dan dugaan).... 


Friday, 20 May 2011

nOtHing To Say

apa yang bestnya ttg blog nie?? pandangan pertamaku, nie ibarat 'diary' jer.. yela, dulu aku nie hobi tulis diari. sume cerita yang best dan xbest, pahit manis suma aku catatkan dalam diari... tapi semenjak kerja yang asyik berdepan dgn komputer ataupun "IT", apa pun yang berlaku kalau bole hanya nak taip jer... apatah lagi skrg nie pemes ngan benda alah nmnya "FaceBook" rasa asyik nak on9 jer...apa yang kita dapat dari suma tue??? kepuasan mungkin ataupun untuk menghilangkan kebosanan??? kenapa ya bila aku menghadap buku dan pegang pen, idea untuk aku menulis dan bermadah mencurah2 ke ladang gandum.. bila dah duduk depan laptop dan nak start mengarang, xtaw dah apa aku nak tulis... sedangkan sebelum aku start menaip nie, macam2 sebenarnya aku nak luahkan... mana pergi semua idea2 ku nie?? ntahla, aku sendiri pun xtaw la kenapa leh jadi macam nie.. tak pe la, mgkin belum masanya lagi aku nak wat cerita kat sini.. aku nie pun sebenarnya bukanla seorang yang pandai berkata2 dan mengarang ayat2 nie.. kalau setakat cerita mengarut di alam fantasi aku sendiri bolela kot....hehehe...tapi masalahnya sekarang alam fantasi ku sekarang dah tak sama macam dulu lagi...dah tak seindah zaman remaja ku..

R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...