Tanpa ku sedari dah 19 ary berlalu. Perginya seorang insan yang amat aku sayangi. Perginya takkan ada pengganti dan takkan kembali. Ya Allah, aku amat merinduinya. Setiap detik ku selalu mengingatinya. Rasa masih tak percaya masih menyelubungi diri ini. Terlalu cepat dia meninggalkan kami semua.
Ayah..
Kau pergi disaat aku masih ingin berada dalam dakapanmu...
Saat aku masih ingin bermanja denganmu...
Saat aku ingin mendakapmu lagi..
Saat aku ingin berada dalam dakapanmu...
Bagaimana harus kami semua lalui tanpa kehadiranmu disisi..
Ramadan & Syawal bakal tiba tak lama lagi. Dah agak lama kita sekeluarga tidak berkumpul bersama. Perancangan tahun ini bersama cucu-cucumu yang makin ramai. Pasti meriah kan rumah kecil kita ni dengan gelak tawa & suara anak-anak kecil. Tapi apakan daya, sekuat mana pun kami menyayangimu, tapi Tuhan lebih menyayangimu ayah... Tahun ini adalah Ramadan & Syawal pertama tanpamu.
Kau adalah ayah yang sungguh hebat dan luar biasa bagi kami semua. Walaupun kita tidak kaya, tapi kau berjaya mendidik kami semua seramai 10 orang dengan perangai anak-anak perempuanmu seramai 7 orang yang pelbagai ragam dan kerenah.
Ya Allah, aku amat merinduinya. Aku amat dan sangat2 merinduimu ayah. Terasa baru semalam kita bergurau mesra. Aku rindu pada kata2 nasihatmu dan masih teringat di minda ini.
Rupanya baru kusedari. Aku dah bertukar status sekarang "ANAK YATIM". Ya Allah.. berilah aku kekuatan utk ku hadapi semua ini. Nie kali pertama aku kehilangan insan yang begitu berharga dan amat2 aku sayangi.
Dirimu sentiasa ada dalam ingatanku sepanjang masa ayah.. I luv u sooo muchh... really2 miss u.. :'(
#alFatihah semoga rohmu tenang dan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman... InsyaAllah.. Doaku sentiasa mengiringimu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...
-
knp perlu wujud perasaan tue??? aku benci betul bila perasaan tue datang dalam diri nie. bukan bermaksud aku menolak takdir dan ketentuan ya...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Agak lama tak buka blog nie, dah la tak berapa reti, ditinggalkan lama plak tue, memang bersawang...
-
R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...
