Saturday, 27 August 2011

Raya YanG Ku NanTi

1st aku nak ucapkan salam Ramadan. Walaupun tggl 3 ary jer lagi..hehe. Dekat2 raya nie mmg agak busy jugakla, klu thn lepas aku wat mcm raya tak raya jer..duk kat perantauan kan, apa nak kisah sgt? tapi thn nie ngan kerja aku yang baru nie, jumpa ngan pelbagai ragam manusia, sampaikan persiapan raya tuk diri sendiri pun buat last minit. 2 ary jer lagi aku nak balik kg. Sungguh tak sabar rasanya..

Tahun nie dah 3 thn aku duk kat perantauan nie. Pengalaman raya thn pertama aku disini sungguh menyedihkan dan menyesakkan dada. Masa tue aku kerja kat secret recipe, raya thn tue lak aku kena kerja. Kesian sungguh, dahla tak dapat cuti, nak pakai baju kurung pun tak boleh, kena pakai baju kerja...huh, sggh hampeh yer.. Dibagi kerja shif ptg, so pagi tue aku ngan akak aku keluar la jalan2 tanpa arah tuju. Terasa lapar, kitorang pun singgah KFC. Kalau kat kg, pagi raya org sibuk nak mkn buras, tumbuk pulut, ayam masak merah, ayam likku, ayam rendang dan sebagainya la, tapi kami mkn ayam KFC. Fuh, sedih tapi ada gaya jugak la...hehehe...

Tahun kedua pulak, cuti beraya kat rumah akak di Johor Bharu. Meriahla sikit sebab berkumpul adik beradik kan walaupun mak ayah jauh nun di Sabah. Beraya la kat family sebelah mentua akak aku. Walaupun dah besar sbb masa tue aku tak kerja (baru berhenti dr secret recipe) ada la jugak aku dapat duit raya..hehehe...
Tahun nie sungguh bahagia aku. Dapat balik kg, InsyaAllah dapat la beraya ngan mak ayah... Mak, ayah, tggu kepulangan anak2 mu nie ya. Siapkan buras dan ayam masak merah ya..my favourite tue...hehe 
Rindu sangat2 nak makan buras buatan mak yg seeedappppppp.......

Pasal persiapan nie plak bab kuih aku serahkan kat akak2 aku. Bab buat kuih nie mmg hobi dorang, aku suka makan jer..hehe.. Baju raya aku dah terbeli color merah la plak walaupun asalnya aku tak nak amek color tue. Bila dh g butik n try, ramai plak org kata merah cantikla, sesuai la, kain yang aku pilih tue bagus. Macam2 la, sekejap aku jadi model baju kurung tak berbayar kat butik tue..huhuhu.. Pikir punya pikir dan yang penting design tue mmg ssh ngan harga yang ditawarkan, aku pun amek jela.. So thn nie aku tema color merah...Wow, hotzzz gitu...:)

Last words, Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin andai aku pernah mengasari, menyinggung, menyakiti perasaan secara tak sengaja atau pun tak... JOM BALIK KAMPUNG.....=)

No comments:

R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...