Saturday, 1 April 2017

R.I.N.D.U ~~~


Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rindu pada seorang insan yang bergelar Ayah. Lagi 20 hari maka genapla 3 tahun pemergiannya. Ya Allah sungguh aku rindu. 

Impian dan harapan nak bawa mak dan bapak berjalan jalan dan bercuti ke seluruh Malaysia tak dapat tertunai. Hanya sempat membawa mak sahaja. Alangkah bahagia jika bapak masih ada, Dan aku inginkan bila tiba majlis perkahwinan ku suatu hari nanti InsyaAllah, kedua dua mereka ada disisi dan bersama samaku di hari bahagia. Tapi semua itu kini hanyalah tinggal mimpi. 

Semakin meningkat umur, semakin rasa malas memikirkan rumahtangga selain bersama keluarga. Dah lain rasanya berjauhan dengan mak. Bole tak nak lupakan segala masalah dunia, dan dunia ku hanyalah bersama keluarga. Hehe.

Tapi aku sedar masih ada komitmen yang harus ku galas. Tanggungjawab yang harus dipikul demi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Semakin ingin aku menjauhkan diri dari segala ini, semakin mencabar plak dugaan yang mendatang. SO?? hadapi lah dengan tabah. :)

Impian nak melancong bawa sekali mak masih diteruskan. InsyaAllah tahun depan Korea menjadi destinasi pilihan. Bandung, Bali jugak dalam list. ^_^. Impian jangan dibiarkan terkubur begitu saja. Harus diteruskan dan dicapai.

Walaupun impian melancong tue tinggi, impian nak menunaikan umrah juga tinggi. Yakin dalam tempoh 2 tahun ini paling lama. So, selewatnya pada tahun 2019. Aminnn... InsyaAllah jika diberi kesempatan dan masih bernafas di muka bumi ini sehingga detik yang dinantikan datang.

Doakan Yer :)



No comments:

R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...