Saturday, 1 April 2017

R.I.N.D.U ~~~


Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rindu pada seorang insan yang bergelar Ayah. Lagi 20 hari maka genapla 3 tahun pemergiannya. Ya Allah sungguh aku rindu. 

Impian dan harapan nak bawa mak dan bapak berjalan jalan dan bercuti ke seluruh Malaysia tak dapat tertunai. Hanya sempat membawa mak sahaja. Alangkah bahagia jika bapak masih ada, Dan aku inginkan bila tiba majlis perkahwinan ku suatu hari nanti InsyaAllah, kedua dua mereka ada disisi dan bersama samaku di hari bahagia. Tapi semua itu kini hanyalah tinggal mimpi. 

Semakin meningkat umur, semakin rasa malas memikirkan rumahtangga selain bersama keluarga. Dah lain rasanya berjauhan dengan mak. Bole tak nak lupakan segala masalah dunia, dan dunia ku hanyalah bersama keluarga. Hehe.

Tapi aku sedar masih ada komitmen yang harus ku galas. Tanggungjawab yang harus dipikul demi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Semakin ingin aku menjauhkan diri dari segala ini, semakin mencabar plak dugaan yang mendatang. SO?? hadapi lah dengan tabah. :)

Impian nak melancong bawa sekali mak masih diteruskan. InsyaAllah tahun depan Korea menjadi destinasi pilihan. Bandung, Bali jugak dalam list. ^_^. Impian jangan dibiarkan terkubur begitu saja. Harus diteruskan dan dicapai.

Walaupun impian melancong tue tinggi, impian nak menunaikan umrah juga tinggi. Yakin dalam tempoh 2 tahun ini paling lama. So, selewatnya pada tahun 2019. Aminnn... InsyaAllah jika diberi kesempatan dan masih bernafas di muka bumi ini sehingga detik yang dinantikan datang.

Doakan Yer :)



Wednesday, 16 July 2014

Bila jatuh cinta dan terluka buat kali kedua...

knp perlu wujud perasaan tue??? aku benci betul bila perasaan tue datang dalam diri nie. bukan bermaksud aku menolak takdir dan ketentuan yang datang... tapi aku tak nak terus tenggelam dan dbayangi dgn perasaan2 macam nie. aku tak nak terjadi bila perasaan menguasai diri dari akal fikiran..

Sukar utk menyayangi seseorang tapi seringkali terjadi bila dah mula sayang, diri nie terasa seolah2 hanya dipermainkan dan diperlukan bila perlu saja. Aku hanya manusia biasa yang ingin disayangi dan menyayangi. Walaupun mulut berkata tidak, tapi hati ini tak siapa yang tahu betapa pedihnya rasa bila dilukai dan dilukai lagi.

Lelaki, agak sukar untuk difahami apatah lagi dengan ego mereka yang tinggi tue. Kekadang rasa ego tue tak bertempat. Bukannya perempuan saja yang susah difahami. Lelaki pun sama jugak. Hurmm. Kekadang aku pun blur gak. Walau hati ini cuba mengikut rentak mereka dan memendam saja apa yang terbuku di hati tapi lama kelamaan perasaan itu akan membuatkan rasa tertekan.

Thanks to Mr Bulat sebab bole membuat aku melupakan sikit demi sedikit kisah silam yang amat payah aku lupakan. Sejujurnya sehingga kini aku masih tak dapat melupakan sidia yang pernah bertakhta di hati. Tapi apakan daya, tiada jodoh antara kami. Dia pun dah ada pengganti dan nak berkahwin tak lama lagi. Siapa yang tak sedih kan tapi tue sume hanyalah tinggal kenangan. Sbnrnya dia dah kawen dan tak lama lagi ada cahaya mata.

Bukan aku tak dapat menerima hakikat, terus terang aku dah lupakan sume kisah lama itu walau kekadang msh terbayang di fikiran. Dan kini, hati aku terasa dilukai lagi. Sebab apa dan kenapa? Biarlah hanya orang tertentu yang mengetahui. Bukan cara aku utk mencanang segala cerita dan menagih simpati org lain. Tapi disebabkan aku berdiam diri, org laen yang bercerita kisah aku. Apakan dayaku, aku tak mampu menutup mulut orang berkata2. Hanya mampu biarkan saja apa yg berlaku dan terus bersabar.

Cinta datang dan pergi. Walau sekuat mana kita cuba pertahankan tetapi seandainya dia bukan jodoh kita, tak akan bersama juga. Simpanla segala kenangan, jadikan yang baik sebagai pengalaman dan yang kurang baik sebagai pengajaran di kemudian hari. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Sebaik2 perancangan datangnya dari Dia. Berserah dan pasrah menerima takdir dengan redha dan hati terbuka.





Friday, 9 May 2014

AYAH.. Dirimu tiada pengganti.. Pergimu tak kembali

Tanpa ku sedari dah 19 ary berlalu. Perginya seorang insan yang amat aku sayangi. Perginya takkan ada pengganti dan takkan kembali. Ya Allah, aku amat merinduinya. Setiap detik ku selalu mengingatinya. Rasa masih tak percaya masih menyelubungi diri ini. Terlalu cepat dia meninggalkan kami semua.

Ayah..
Kau pergi disaat aku masih ingin berada dalam dakapanmu...
Saat aku masih ingin bermanja denganmu...
Saat aku ingin mendakapmu lagi..
Saat aku ingin berada dalam dakapanmu...
Bagaimana harus kami semua lalui tanpa kehadiranmu disisi..

Ramadan & Syawal bakal tiba tak lama lagi. Dah agak lama kita sekeluarga tidak berkumpul bersama. Perancangan tahun ini bersama cucu-cucumu yang makin ramai. Pasti meriah kan rumah kecil kita ni dengan gelak tawa & suara anak-anak kecil. Tapi apakan daya, sekuat mana pun kami menyayangimu, tapi Tuhan lebih menyayangimu ayah... Tahun ini adalah Ramadan & Syawal pertama tanpamu.

Kau adalah ayah yang sungguh hebat dan luar biasa bagi kami semua. Walaupun kita tidak kaya, tapi kau berjaya mendidik kami semua seramai 10 orang dengan perangai anak-anak perempuanmu seramai 7 orang yang pelbagai ragam dan kerenah.

Ya Allah, aku amat merinduinya. Aku amat dan sangat2 merinduimu ayah. Terasa baru semalam kita bergurau mesra. Aku rindu pada kata2 nasihatmu dan masih teringat di minda ini.

Rupanya baru kusedari. Aku dah bertukar status sekarang "ANAK YATIM". Ya Allah.. berilah aku kekuatan utk ku hadapi semua ini. Nie kali pertama aku kehilangan insan yang begitu berharga dan amat2 aku sayangi.

Dirimu sentiasa ada dalam ingatanku sepanjang masa ayah.. I luv u sooo muchh... really2 miss u.. :'(
#alFatihah semoga rohmu tenang dan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman... InsyaAllah.. Doaku sentiasa mengiringimu..





Tuesday, 10 December 2013

Miss You Mr A

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Kali nie nak coret2 sal apa aku sendiri tak tahu. Tapi nak jugak merepek merapu kat sini. Sebenarnya banyak yang nk aku update kat blog nie tapi tak tahu la.. Ada jer halangan yang membuatkn aku takde masa, takde ilham, takde idea.. Sume la xde.. Pelik tul aku. Bila aku xhadap blog nie, idea mencurah2 kat kepala nie.

Dulu aku ada diary, dia la teman aku dikala suka ataupun duka. Suka baca novel, so banyak jugakla kata2 yang bole tercipta, tapi sejak kerja yang agak busy dan masa yang terlalu panjang, aku xde masa dah untuk semua itu. Nk luah semua kat fb? mmg tak la.. Lagipun macam kurang sesuai jer. Aku masih leh anggap blog nie as my diary kan? hehe..

Aku rindu ngan diriku yang dulu, dan tersangat rindu akan kenangan lalu. Aku rindu sangat2 nk sembang2 macam dulu ngan someone. Mungkin skrg kenangan itu takkan terjadi lagi sebab aku yang mengubahnya. Perkenalan hanya di muka buku a.k.a fb, jumpa pun dalam tempoh setahun tue hanya sekali jer tapi yang peliknya aku selesa berkawan ngan dia. Walaupun ada jugak yang bercerita pasal dia, tapi bagi aku setiap orang ada kisah tersendiri, tak semua manusia sempurna.

Pada awalnya kami rajin sembang tapi lama-kelamaan makin menjauh tapi terus terang aku masih ingat dia lagi. Sekarang pun masih macam tue jua. Adakah dia masih merasakan yang sama seperti dulu? Mungkin tidak dan aku yakin tidak. Beza kami macam langit dan bumi kot. Sape la aku kan? huhu.. Kekadang aku sangat merindukannya.. :( Tapi aku pasti akan gembira bila dia bahagia. Melihat kebahagiaan insan yang kita sayang adalah satu kegembiraan tidak ternilai bagiku. Aku pun turut tumpang bahagia.

Hurmm.. okey la, ckupla wat masa ini.. Aku berharap dia masih merasakn yang sama seperti ku. Dan aku harap dia taw la yang aku maksudkan nie sapa.. hehehe.. Syyhhhhh.. hanya aku yang taw.. =)

Tuesday, 3 December 2013

Kerinduanku pada blog menjelma ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama tak buka blog nie, dah la tak berapa reti, ditinggalkan lama plak tue, memang bersawang la jadinya blog aku nie. Almaklumla, budak baru nak belajar. Kena betul2 cari masa yang banyak nie untuk membelek dan belajar lagi mengenai blog ini. Lagipun laptop baru kua dari wad..hehe..

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk hujung tahun dan, skrg berada di bulan terakhir tuk tahun ini. Dalam tempoh setahun nie, macam2 yang berlaku. Masalah kerja, peribadi. Alhamdulillah tak ada masalah keluarga. Biasala, masalah takkan pernah lari dari setiap manusia. Tak ada manusia yang smepurna di dunia ini. Sentiasa ingatkan dan pesan pada diri sendiri, tak kira sesusah atau seberat manapun masalah kita, ada insan lain yang lagi susah dari kita. Sentiasa bersyukur dan terima apa adanya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Soal cinta? Biarla ia pergi. Aku dah tak bole beri kepercayaan dan kasih sayang pada orang lain dah. Bagi aku biarlah jodoh itu datang sendiri. Memang tak semua orang sama, tapi cukupla setakata ini saja. Jodoh dan ketentuan semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya. Pasti ada kebaikan dikemudian hari.. Senyumla sentiasa.

Berkaitan dengan kerja.. Hurmm.. aku dah tak ada hati dengan tempat kerja sekarang nie. Ingin aku lari sejauh yang mungkin tapi bole ke? Macam tak bole jer.. Hurmm.. Dan skrg aku masih keje Courts lagi. Sekarang hati aku hanya pada Elken.. Aku sayang elken sesangat.

ELKEN?? sebelum tue, aku nak berterima kasih sangat pada upline aku a.k.a cust aku gak yang perkenalkan dengan elken. Dengan Elken banyak yang aku pelajari dan merubah sedikit demi sedikit perwatakan dan pemikiran aku. Dengan produk2 yang sangat berkualiti, sistem pendidikan yang tak kan ada dan sama ngan mana2 company kat luar sana, hubungan kekeluargaan yang sangat harmoni dan macam2 faedah lagi la.. Faedah pelancongan percuma, tabung rumah, tabung kereta.. Bestnyaaaaa.... 

Rasanya dah terlalu banyak aku merepek sambil makan kerepek nie. Len kali aku pasti akan update blog nie sentiasa. Kenala rajin2kan diri menulis dan berkarang2 nie.. hehehe.. 

P/s : Sapa yang rasa bosan dan menyampah nak baca, sila pegi blog lain yer, xpaksa pun suh baca blog aku nie yang tunggang langgang.. ^_^... bubbye.. len masa aku coret2 lagi kat sini..

Friday, 28 September 2012

Aku Ingin Mencintai-Mu

Tuhan betapa aku malu 
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia 
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu

Aku ingin mencintai-Mu Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati-Mu selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu
Dengan-Mu ya Rabbi




Bole dgr lagu nie kat sini...



Sgt Tersentuh dgr lagu nie.. Ya Allah, betapa aku seringkali lalai dari mengingatiMu..
Aku mohon padaMu kurniakanlah Cinta didlm hatiku ini hanya cinta kepadaMU..  
Amin...

Saturday, 27 August 2011

Raya YanG Ku NanTi

1st aku nak ucapkan salam Ramadan. Walaupun tggl 3 ary jer lagi..hehe. Dekat2 raya nie mmg agak busy jugakla, klu thn lepas aku wat mcm raya tak raya jer..duk kat perantauan kan, apa nak kisah sgt? tapi thn nie ngan kerja aku yang baru nie, jumpa ngan pelbagai ragam manusia, sampaikan persiapan raya tuk diri sendiri pun buat last minit. 2 ary jer lagi aku nak balik kg. Sungguh tak sabar rasanya..

Tahun nie dah 3 thn aku duk kat perantauan nie. Pengalaman raya thn pertama aku disini sungguh menyedihkan dan menyesakkan dada. Masa tue aku kerja kat secret recipe, raya thn tue lak aku kena kerja. Kesian sungguh, dahla tak dapat cuti, nak pakai baju kurung pun tak boleh, kena pakai baju kerja...huh, sggh hampeh yer.. Dibagi kerja shif ptg, so pagi tue aku ngan akak aku keluar la jalan2 tanpa arah tuju. Terasa lapar, kitorang pun singgah KFC. Kalau kat kg, pagi raya org sibuk nak mkn buras, tumbuk pulut, ayam masak merah, ayam likku, ayam rendang dan sebagainya la, tapi kami mkn ayam KFC. Fuh, sedih tapi ada gaya jugak la...hehehe...

Tahun kedua pulak, cuti beraya kat rumah akak di Johor Bharu. Meriahla sikit sebab berkumpul adik beradik kan walaupun mak ayah jauh nun di Sabah. Beraya la kat family sebelah mentua akak aku. Walaupun dah besar sbb masa tue aku tak kerja (baru berhenti dr secret recipe) ada la jugak aku dapat duit raya..hehehe...
Tahun nie sungguh bahagia aku. Dapat balik kg, InsyaAllah dapat la beraya ngan mak ayah... Mak, ayah, tggu kepulangan anak2 mu nie ya. Siapkan buras dan ayam masak merah ya..my favourite tue...hehe 
Rindu sangat2 nak makan buras buatan mak yg seeedappppppp.......

Pasal persiapan nie plak bab kuih aku serahkan kat akak2 aku. Bab buat kuih nie mmg hobi dorang, aku suka makan jer..hehe.. Baju raya aku dah terbeli color merah la plak walaupun asalnya aku tak nak amek color tue. Bila dh g butik n try, ramai plak org kata merah cantikla, sesuai la, kain yang aku pilih tue bagus. Macam2 la, sekejap aku jadi model baju kurung tak berbayar kat butik tue..huhuhu.. Pikir punya pikir dan yang penting design tue mmg ssh ngan harga yang ditawarkan, aku pun amek jela.. So thn nie aku tema color merah...Wow, hotzzz gitu...:)

Last words, Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin andai aku pernah mengasari, menyinggung, menyakiti perasaan secara tak sengaja atau pun tak... JOM BALIK KAMPUNG.....=)

R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...