Wednesday, 16 July 2014

Bila jatuh cinta dan terluka buat kali kedua...

knp perlu wujud perasaan tue??? aku benci betul bila perasaan tue datang dalam diri nie. bukan bermaksud aku menolak takdir dan ketentuan yang datang... tapi aku tak nak terus tenggelam dan dbayangi dgn perasaan2 macam nie. aku tak nak terjadi bila perasaan menguasai diri dari akal fikiran..

Sukar utk menyayangi seseorang tapi seringkali terjadi bila dah mula sayang, diri nie terasa seolah2 hanya dipermainkan dan diperlukan bila perlu saja. Aku hanya manusia biasa yang ingin disayangi dan menyayangi. Walaupun mulut berkata tidak, tapi hati ini tak siapa yang tahu betapa pedihnya rasa bila dilukai dan dilukai lagi.

Lelaki, agak sukar untuk difahami apatah lagi dengan ego mereka yang tinggi tue. Kekadang rasa ego tue tak bertempat. Bukannya perempuan saja yang susah difahami. Lelaki pun sama jugak. Hurmm. Kekadang aku pun blur gak. Walau hati ini cuba mengikut rentak mereka dan memendam saja apa yang terbuku di hati tapi lama kelamaan perasaan itu akan membuatkan rasa tertekan.

Thanks to Mr Bulat sebab bole membuat aku melupakan sikit demi sedikit kisah silam yang amat payah aku lupakan. Sejujurnya sehingga kini aku masih tak dapat melupakan sidia yang pernah bertakhta di hati. Tapi apakan daya, tiada jodoh antara kami. Dia pun dah ada pengganti dan nak berkahwin tak lama lagi. Siapa yang tak sedih kan tapi tue sume hanyalah tinggal kenangan. Sbnrnya dia dah kawen dan tak lama lagi ada cahaya mata.

Bukan aku tak dapat menerima hakikat, terus terang aku dah lupakan sume kisah lama itu walau kekadang msh terbayang di fikiran. Dan kini, hati aku terasa dilukai lagi. Sebab apa dan kenapa? Biarlah hanya orang tertentu yang mengetahui. Bukan cara aku utk mencanang segala cerita dan menagih simpati org lain. Tapi disebabkan aku berdiam diri, org laen yang bercerita kisah aku. Apakan dayaku, aku tak mampu menutup mulut orang berkata2. Hanya mampu biarkan saja apa yg berlaku dan terus bersabar.

Cinta datang dan pergi. Walau sekuat mana kita cuba pertahankan tetapi seandainya dia bukan jodoh kita, tak akan bersama juga. Simpanla segala kenangan, jadikan yang baik sebagai pengalaman dan yang kurang baik sebagai pengajaran di kemudian hari. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Sebaik2 perancangan datangnya dari Dia. Berserah dan pasrah menerima takdir dengan redha dan hati terbuka.





Friday, 9 May 2014

AYAH.. Dirimu tiada pengganti.. Pergimu tak kembali

Tanpa ku sedari dah 19 ary berlalu. Perginya seorang insan yang amat aku sayangi. Perginya takkan ada pengganti dan takkan kembali. Ya Allah, aku amat merinduinya. Setiap detik ku selalu mengingatinya. Rasa masih tak percaya masih menyelubungi diri ini. Terlalu cepat dia meninggalkan kami semua.

Ayah..
Kau pergi disaat aku masih ingin berada dalam dakapanmu...
Saat aku masih ingin bermanja denganmu...
Saat aku ingin mendakapmu lagi..
Saat aku ingin berada dalam dakapanmu...
Bagaimana harus kami semua lalui tanpa kehadiranmu disisi..

Ramadan & Syawal bakal tiba tak lama lagi. Dah agak lama kita sekeluarga tidak berkumpul bersama. Perancangan tahun ini bersama cucu-cucumu yang makin ramai. Pasti meriah kan rumah kecil kita ni dengan gelak tawa & suara anak-anak kecil. Tapi apakan daya, sekuat mana pun kami menyayangimu, tapi Tuhan lebih menyayangimu ayah... Tahun ini adalah Ramadan & Syawal pertama tanpamu.

Kau adalah ayah yang sungguh hebat dan luar biasa bagi kami semua. Walaupun kita tidak kaya, tapi kau berjaya mendidik kami semua seramai 10 orang dengan perangai anak-anak perempuanmu seramai 7 orang yang pelbagai ragam dan kerenah.

Ya Allah, aku amat merinduinya. Aku amat dan sangat2 merinduimu ayah. Terasa baru semalam kita bergurau mesra. Aku rindu pada kata2 nasihatmu dan masih teringat di minda ini.

Rupanya baru kusedari. Aku dah bertukar status sekarang "ANAK YATIM". Ya Allah.. berilah aku kekuatan utk ku hadapi semua ini. Nie kali pertama aku kehilangan insan yang begitu berharga dan amat2 aku sayangi.

Dirimu sentiasa ada dalam ingatanku sepanjang masa ayah.. I luv u sooo muchh... really2 miss u.. :'(
#alFatihah semoga rohmu tenang dan ditempatkan dlm kalangan org2 beriman... InsyaAllah.. Doaku sentiasa mengiringimu..





R.I.N.D.U ~~~ Sekian lama tinggalkan dunia blog, tetiba rasa hari nie rindu mencengkam jiwa. Entah kenapa hati ini penuh rasa rindu. Rin...